1AZAM Programme

Program 1 AZAM merupakan program menjana pendapatan yang produktif serta peluang untuk golongan miskin dan miskin tegar untuk meningkatkan pendapatan mereka supaya mereka dapat berdikari dan bebas dari kemiskinan.

Manakala objektif 1 AZAM Niaga adalah seperti berikut:-

  1. Untuk meningkatkan pendapatan.
  2. Melaku peluang perniagaan seperti aktiviti perniagaan kecil-kecilan.

KATEGORI 1 AZAM NIAGA

  1. Kedai Runcit
  2. Jahitan
  3. Menjual Burger
  4. Bengkel
  5. Andaman & Kecantikan
  6. Makanan & Minuman
  7. Kuih-Muih
  8. Pertukangan 

BENTUK BANTUAN

  • Menghadiri kursus/latihan.
  • Modal pusingan perniagaan.
  • Peralatan atau mesin perniagaan.
  • Pemantauan ke atas prestasi mereka selepas menerima bantuan dalam tempoh 3 tahun.

CARA MEMOHON

Mendaftar dalam sistem e-kasih di Pejabat Daerah masing-masing.

SYARAT KELULUSAN

Peserta yang dicadangkan oleh Unit Perancang Negeri atau Pejabat Residen atau Pejabat Daerah dan telah diverifikasi oleh Kakitangan PPES atau Pegawai PPES dan Pejabat Wilayah.

Nama peserta yang dicadangkan masih belum diputihkan sebelum bantuan diberi iaitu masih dalam kategori miskin (Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM1,000 ke bawah) atau miskin tegar (Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM500 ke bawah).

UNTUK KETERANGAN LANJUT

Sila kunjungi Pejabat Daerah di kawasan masing-masing

© 2016 Sarawak Economic Development Corporation. All Rights Reserved. Designed By SEDC Webmaster

User Login

Back To Mainpage