Sarawak Economic Development Corporation

Hotel Grand Margherita tawar penginapan percuma Print E-mail
KUCHING, Jumaat - Hotel Grand Margherita dan Riverside Majestic menawarkan penginapan percuma selama 14 hari beserta makanan dan minuman bernilai RM 1000 kepada pengunjung bertuah pada Jerayawara hotel berkenaan bertempat di Pusat Membeli Belah The Spring di sini.

Pengarah Jualan dan Pemasarannya, Anthea Yeo berkata jerayawara tiga hari tersebut diadakan mulai 20 hingga 22 Ogos 2010 bagi mempromosikan kedua-dua hotel tersebut kepada orang ramai selepas kerja-kerja menaiktaraf semula baru-baru ini.

"Pada jerayawara kali ini pihak hotel mempamerkan penampilan baru kedua-dua hotel ini yang lebih elegan dan eksklusif selepas kerja-kerja pembaharuan yang dilakukan baru- baru ini bagi meningkatkan imej kedua-dua hotel ini.

"Selain pameran, jerayawara ini turut diserikan dengan penganjuran pelbagai aktiviti sampingan seperti demon strasi masakan oleh tukang masak dari kedua-dua hotel ini, pelbagai bentuk pertandingan serta acara cabutan bertuah bagi merebut hadiah hebat yang ditawarkan," katanya ketika ditemui di lokasi jerayawara tersebut hari ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan pada sebelah petang hari ini ialah pertandingan membuat tempat tidur dan cabutan bertuah untuk para pengunjung selain acara demonstrasi masakan oleh pihak hotel.

Hari kedua jerayawara pula akan dimeriahkan dengan pertandingan membuat sushi, demonstrasi masakan oleh Chef Wira Loseng dan Chef Gu Kien Nan, cabutan bertuah dan disusuli dengan pelancaran Tagline & Penyampian Hadiah pada sebelah malam.

Acara pelancaran tersebut akan dihadiri oleh Penolong Pengurus Eksekutif Hotel Grand Margherita, Patrick Lau, Pengurus Besar kedua-dua hotel berkenaan, Arthur Yeap serta turut dihadiri oleh serta kakitangan yang lain.
 
MSCSarawakGovPortalMalaysiaGovPortalkrstemySTBTourismMalaysiaBCCKComerichSedidikSEDCTourismTourismdirDamaiBeachDGCCSCVGMHRMHKWFRSCSPTopspotMFP


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

Search


Statistic

We have 20 guests online
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday38
mod_vvisit_counterYesterday453
mod_vvisit_counterThis week838
mod_vvisit_counterThis month2377
mod_vvisit_counterAll343935



You are here  : Home News Hotel Grand Margherita tawar penginapan percuma