Sarawak Economic Development Corporation

Talib berbuka puasa bersama anak yatim Print E-mail
KUCHING, Sabtu - Ketua Menteri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama 150 orang anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM) di salah sebuah hotel terkemuka di sini, malam semalam.

Pada majlis terbabit, Ketua Menteri turut mewakili Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menerima sumbangan zakat perniagaan daripada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) yang diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Haji Talib Zulpilip berjumlah RM397,988.95.

Ketua Menteri serta tetamu kehormat yang lain bersama anak-anak yatim yang hadir berpeluang menikmati lebih daripada 188 jenis makanan dan minuman menerusi Mega Buffet "Macam-Macam Ada" termasuk "Cendol" popular dari Kampung Sungai Bedil.

Semua tetamu yang hadir turut menunaikan sembahyang Maghrib, Isyak dan sembahyang terawih. Anak-anak yatim turut menerima sumbangan duit raya dan hadiah.

Mingguan Sarawak
22 Ogos 2010
 
MSCSarawakGovPortalMalaysiaGovPortalkrstemySTBTourismMalaysiaBCCKComerichSedidikSEDCTourismTourismdirDamaiBeachDGCCSCVGMHRMHKWFRSCSPTopspotMFP


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

Search


Statistic

We have 30 guests online
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday26
mod_vvisit_counterYesterday453
mod_vvisit_counterThis week826
mod_vvisit_counterThis month2365
mod_vvisit_counterAll343923



You are here  : Home News Talib berbuka puasa bersama anak yatim