English

Promosi daging segar PPES Ternak Sdn Bhd

on .

Font Size:

PPES Ternak Sdn. Bhd turut membuat jualan promosi dan pameran daging segar Sara Bif termasuk daging lembu, kambing clan rusa di Pesta Daging 2012 baru-baru ini di Kubah Ria, Matang anjuran Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC). PPES Ternak Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat milik penuh SEDC turut membekalkan daging segar terus dari ladang kepada pengguna clan juga kepada pusat membeli belah Boulevard .

Menurut Pengurus Besar PPES Ternak Sdn. Bhd, Aslansia Yahya, PPES Ternak kini berusaha melebarkan lagi bekalan daging segarnya ke seluruh Sarawak.
"Salah satu caranya dengan mengadakan pameran clan promosi seperti ini supaya orang ramai tahu PPES Ternak ialah pembekal utama daging segar, bersih dan sihat. "PPES Ternak juga membekalkan ternakan hidup seperti lembu,kambing dan Rusa untuk ibadah Aqiqah, qurban dan hari perayaan.
"Insya-Allah bekalan lembu untuk ibadah korban pada tahun ini mencukupi.

Jabu sedang mengadakan demonstrasi sebaik sahaja selesai pelancaran. "Pusat penyembelihan ternakan terletak di jalan mersawa Kuching dan Karabungan Miri," jelasnya. Tambahnya, di Karanbungan, Miri, PPES Ternak memiliki ladang lembu seluas 645 hektar. Jelasnya, di ladang tersebut aktiviti utama ialah Fidlot (Penggemukan Lembu) iaitu lembu yang dibawa dari Rosewood Station, Australia dihantar ke ladang Karabungan untuk digemukkan sebelum dijual di pasaran tempatan. "Di samping itu juga kami menjalankan aktiviti pembiakan rusa (Cerrus timorensis Russa) yang diternak untuk dijual sebagai binatang hidup atau untuk jualan dagingnya.

Turut diternak ialah kambing dan lembu, ia dijual secara langsung untuk akikah dan korban dan untuk pasaran tempatan. "Untuk persiapan menyambut Aidilfitri yang akah datang ini, PPES Ternak tidak ketinggalan mengadakan jualan promosi daging segar terutama di kedai PPES Ternak di Jalan Mersawa, kedai Sara Bif di Jalan Satok dan kedai Sara Bif di Kubah Ria," jelasnya.

Orang ramai dijemput membeli daging segar di tempat tempat yang dinyatakan seperti di atas untuk persiapan me¬nyambut Aidilfitri. Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Eksekutif Pemasaran, Artino Arshad di talian 082-482015.

Utusan Sarawak

26 Julai 2012