JAWATAN KOSONG

PROGRAM PELATIH SISWAZAH

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) mempelawa siswazah bumiputera warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak untuk mengikuti Program Pelatih Siswazah. 

Objektif Program

  • Untuk memberi peluang kepada siswazah-siswazah bumiputera mendapat latihan kerja dalam pelbagai bidang.
  • Untuk memberi pendedahan dan latihan pemahaman kepada para pelatih tentang aspek pembangunan sosio-ekonomi melalui penglibatan dalam pelaksanaan projek atau program kemasyarakatan terutamanya di luar bandar.
  • Untuk memberi pendedahan kepada para pelatih tentang kemahiran tadbir urus yang berkesan.
  • Membantu para pelatih membina ketrampilan dan keyakinan diri agar lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar dan dinamik.

Calon-calon mestilah memiliki kelayakan seperti berikut:

  • Ijazah/Diploma dalam pelbagai bidang dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, DAN
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat S.P.M. atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Mempunyai integriti yang tinggi, proaktif, berfikiran positif, amanah dan sanggup menerima cabaran.
  • Calon-calon yang berjaya akan ditawarkan latihan tersebut selama enam (6) bulan.
  • Calon-calon yang berkelayakan adalah dijemput untuk mengemukakan surat permohonan berserta butir-butir peribadi yang lengkap (resume), salinan sijil-sijil yang berkaitan dan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

Pengurus Besar
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak
Tingkat  7,   Menara SEDC
Jalan Tunku Abdul Rahman
93100 KUCHING
(u/p: Pengarah, Bahagian Sumber Manusia & Pentadbiran Am)

Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.  Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh dilayari di laman web PPES di http://www.sedc.my / http://www.sedc.com.my

 


Hubungi : Webmaster
Hakcipta © PPES 2000. Terpelihara