PROGRAM PELATIH SISWAZAH PERBADANAN PEMBANGUNAN EKONOMI SARAWAK

   

PENDAHULUAN

Program Pelatih Siswazah PPES merupakan satu program latihan pembelajaran dan pendedahan kepada para siswazah yang belum mendapat peluang pekerjaan.

Sejajar dengan seruan Kerajaan untuk membantu para siswazah mendapat pekerjaan, Kerajaan Negeri telah mewujudkan program sukarelawan untuk memberi peluang kepada para siswazah mendapatkan latihan dalam pelbagai bidang pekerjaan.  PPES juga telah mengetengahkan dirinya untuk sama-sama membantu ke arah mewujudkan peluang latihan bagi golongan siswazah berkenaan.

   

LATAR BELAKANG

Pada awal tahun 1990-an, PPES telah melaksanakan program latihan bagi para siswazah yang belum bekerja melalui “Extension Service Officer Training Scheme” (ESOTS).  Pelaksanaan skim ini telah banyak melahirkan para siswazah yang berkemampuan, komited dan profesional dalam menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan.

Sebagai kesinambungan usaha untuk menangani permasalahan siswazah yang belum mendapat peluang pekerjaan khasnya di kalangan siswazah bumiputera, PPES telah merealisasikan semula program latihan kerja melalui pelaksanaan Program Pelatih Siswazah dengan pelancarannya oleh YB Datuk Pengerusi PPES pada 1 Mac 2002.

Sehingga akhir tahun 2007 seramai 150 orang siswazah telah mendapat pendedahan daripada program ini.

   

OBJEKTIF

Antara objektif Program Pelatih Siswazah ini adalah seperti berikut :

  1. Menyediakan peluang latihan bagi para siswazah Bumiputera mendapat pengalaman kerja dalam pelbagai bidang.
  2. Mendedahkan para pelatih kepada projek atau program pembangunan kemasyarakatan terutamanya di luar bandar sebagai sebahagian daripada latihan pemahaman aspek pembangunan sosio-ekonomi.
  3. Memberi pendedahan kepada para pelatih tentang tadbir urus yang berkesan.
  4. Membantu para pelatih membina ketrampilan dan keyakinan diri agar lebih bersedia untuk memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar dan dinamik.
   

PENUTUP

Semoga melalui Program Pelatih Siswazah ini, PPES dapat melahirkan modal insan yang kompeten dan mampu berdaya saing demi menjamin kesinambungan kejayaan dan daya saing negara di era globalisasi.

   



Contact : Webmaster
Copyright (C) SEDC 2000. All Rights Reserved.